SPRM panggil semula Timbalan Ketua Menteri satu hari ini
SPRM Pulau Pinang memanggil semula Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, bagi membantu siasatan dakwaan penyalahgunaan dana zakat. Kehadiran beliau hari ini merupakan hari kedua selepas memberi keterangan hampir tujuh jam semalam. SPRM turut mengesahkan seramai 63 individu telah dipanggil, termasuk pemegang jawatan agama negeri dan pegawai kerajaan, susulan dakwaan pembelian tanah menggunakan dana zakat serta semakan beberapa akaun bank berkaitan.