Hannah Yeoh laksana 13 reformasi selepas 100 hari berkhidmat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, melaksanakan 13 reformasi utama dalam tempoh 100 hari pertama bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan ketelusan pentadbiran di Wilayah Persekutuan. Langkah berkenaan melibatkan pembaharuan pentadbiran, pembanterasan kartel tender, peluasan akses sistem, serta inisiatif kebajikan dan kemudahan awam. Hannah menegaskan asas reformasi telah diletakkan walaupun sebahagian inisiatif memerlukan masa untuk menunjukkan hasil.