Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Organisasi Keganasan | Tawar wanita untuk dikahwini untuk tarik orang muda

Organisasi Keganasan | Tawar wanita untuk dikahwini untuk tarik orang muda

Menawarkan wanita tempatan yang sealiran dengan aktiviti radikal untuk dikahwini adalah antara pendekatan yang digunakan oleh organisasi atau gerakan yang terkait dengan keganasan bagi menarik minat golongan muda dari negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Fahmi Samsudin, menerusi beberapa pengalaman mendekati golongan muda warga Malaysia di beberapa zon konflik seperti di Syria, telah mendedahkan pendekatan tersebut yang mendorong golongan ini untuk menyertai peperangan yang berlaku.