Skip to main content

Dunia

Serangan peluru berpandu: Pihak berkuasa aktifkan pelan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait

Debris burns in Kuwait following reports that air defences intercepted missile and drone attacks
Pasukan teknikal kini sedang menjalankan penilaian menyeluruh terhadap tahap kerosakan yang berlaku sebelum kerja-kerja pembaikan dimulakan. - Foto Reuters

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Kuwait (PACA) pada Rabu mengaktifkan pelan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait susulan serangan peluru berpandu dan dron Iran.

Menurut jurucakap PACA, Abdullah Al-Rajhi, pihak berkuasa sedang menangani insiden itu mengikut protokol kecemasan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan pekerja dan penumpang serta melindungi kemudahan lapangan terbang.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Kuwait (KUNA), beliau berkata pergerakan trafik udara telah digantung sementara dan semua penerbangan dialihkan ke lapangan terbang berhampiran sehingga dimaklumkan kelak.

Tambahnya, langkah itu diambil ketika pelan keselamatan serta pelan kontingensi teknikal sedang dilaksanakan bagi membolehkan operasi lapangan terbang disambung semula secepat mungkin.

Al-Rajhi turut memaklumkan bahawa pasukan teknikal kini sedang menjalankan penilaian menyeluruh terhadap tahap kerosakan yang berlaku sebelum kerja-kerja pembaikan dimulakan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pihak berkuasa akan terus memantau situasi semasa dan mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan serta orang awam.

Must Watch Video

Advertisement