Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Op Tegar | Kilang pau kotor diarah tutup

Op Tegar | Kilang pau kotor diarah tutup

Najis tikus, lalat dan lipas ditemukan di ruang memproses pau, malah anjing peliharaan juga berada dalam kilang yang terletak di Medan Melor, Butterworth.

Itu situasi kotor dan meloyakan yang ditemui menerusi Op Tegar yang dijalankan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang pada Rabu.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, berikutan situasi itu, pihaknya mengarahkan kilang tersebut ditutup selama dua minggu.