Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Niaga AWANI: Jiwa SME: MPKN ambil serius kementerian, agensi dan kerajaan negeri belum lapor

Niaga AWANI: Jiwa SME: MPKN ambil serius kementerian, agensi dan kerajaan negeri belum lapor

Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) mengambil perhatian serius mengenai kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang belum melaporkan program pembangunan keusahawanan.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan MPKN sedang meneliti perkara itu menerusi pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEIPA) 2023/2024 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).