Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

MEF sokong penguatkuasaan kukuh & ekosistem perniagaan lebih adil untuk PMKS

MEF sokong penguatkuasaan kukuh & ekosistem perniagaan lebih adil untuk PMKS

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong gesaan kerajaan untuk peraturan dan penguatkuasaan lebih kukuh bagi mencipta persaingan yang adil, terutama ketika PMKS berdepan tekanan kos dan persaingan asing. MEF turut mendukung dasar kandungan tempatan dan usaha mengurangkan birokrasi. Menteri Pembangunan Usahawan, Steven Sim, berkata penyelarasan antara kementerian dan institusi kewangan sedang dipergiat bagi memudahkan akses modal.