Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan

Gerakan Media Merdeka (GERAMM) dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) menegaskan bahawa wartawan portal yang sedang disiasat harus diberikan layanan adil, termasuk akses kepada khidmat guaman selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang.

Dalam kenyataan pada Sabtu, GERAMM memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau perkembangan kes ini secara teliti dan komited memperjuangkan kebebasan serta hak pengamal media.