McDonald’s Malaysia | Bayar zakat perniagaan RM500,000, santuni asnaf
Sebagai tanggungjawab korporat syarikat, McDonald’s Malaysia pada Jumaat menyerahkan zakat perniagaan bernilai 500 ribu ringgit kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, bayaran zakat perniagaan tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan.