Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Mayat Reput | Nelayan hilang dua minggu ditemui mati kemalangan

Mayat Reput | Nelayan hilang dua minggu ditemui mati kemalangan

Misteri kehilangan seorang nelayan sejak dua minggu lalu terjawab dengan penemuan mayat di Kampung Rajawali, Dungun pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Mohd Azizul Hafiz Abdullah, 42 tahun, ditemui terbaring dalam keadaan reput di sebuah parit bersama motorsikalnya kira-kira jam 3 petang pada jarak dianggarkan satu kilometer dari kediamannya.