Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi termasuk dalam AI, automotif

Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi termasuk dalam AI, automotif

Kerjasama ekonomi yang lebih luas antara Malaysia dan Jepun dibincangkan termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bertukar pandangan dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Yoji Muto, mengenai cara terbaik untuk menghadapi cabaran ekonomi dunia.