Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

LIMA'25 melibatkan 46 buah negara, 140 orang delegasi - Mohamed Khaled

LIMA'25 melibatkan 46 buah negara, 140 orang delegasi - Mohamed Khaled

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beberapa pasukan aerobatik terkemuka negara luar seperti 'The Russian Knights' dari Rusia dan 'Jupiter' dari Indonesia akan membuat pertunjukan di LIMA'25.

Menurutnya, terdapat 43 aset udara statik dari dalam dan luar negara akan dipamerkan.

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) akan berlangsung pada 20 hingga 24 Mei ini.