Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Letupan di Istanbul | Suspek mengaku perisik, terima arahan serangan

Letupan di Istanbul | Suspek mengaku perisik, terima arahan serangan

Suspek letupan maut di bandar terbesar Turkiye, Istanbul, mengaku kepada polis dia melakukan serangan bom itu.

Jabatan Polis Istanbul dalam satu kenyataan berkata suspek, Ahlam Albashir, warga Syria mengaku menerima arahan serangan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan dan sayapnya di Syria, Unit Perlindungan Rakyat (YPG).