Skip to main content

Advertisement

Lawatan Negara | Kerjasama Malaysia-Jerman berkembang secara progresif

Lawatan Negara | Kerjasama Malaysia-Jerman berkembang secara progresif

Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan keyakinan kerjasama antara Malaysia dan Jerman akan berkembang secara progresif.

Jelas baginda, hubungan erat Malaysia dan Jerman boleh dikembangkan dalam pelbagai sektor bagi memberi manfaat kedua-dua negara.

Hubungan kedua-dua negara selama 66 tahun sejak hubungan diplomatik ini dijalinkan telah memberi banyak impak positif dan menguntungkan .