Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kumpulan politik, masyarakat Sudan bertemu bincang penamatan perang

Kumpulan politik, masyarakat Sudan bertemu bincang penamatan perang

Kumpulan politik dan masyarakat sivil Sudan yang bermesyuarat pada Sabtu di Kaherah bersetuju mengenai keperluan menamatkan perang di Sudan dan kepentingan komitmen terhadap Deklarasi Jeddah.

Pihak yang berperang, bagaimanapun, tidak mengambil bahagian dalam persidangan tajaan Mesir itu, dan pemimpin pemberontak yang bersekutu dengan tentera tidak menyokong kenyataan terakhir tersebut.