Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Suara Rakyat | Henti segera perang politik, rakyat juga yang susah

Suara Rakyat | Henti segera perang politik, rakyat juga yang susah

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 menamatkan penantian semua pihak khususnya pengundi yang mendambakan perubahan pragmatik dalam pelbagai sektor kerajaan.

Rentetan itu, kumpulan rakyat di Melaka ketika ditemui Astro AWANI menggesa, kemelut politik yang meruncing dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini segera dihentikan.

Kata mereka, sudah tiba masanya pemimpin politik memberi tumpuan penuh kepada soal membangunkan negara untuk berada sebaris dengan negara maju lain, sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi pelbagai lapisan masyarakat di dalam negara.