Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah kluster mata pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara 'one-off' bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil ikhtisas pendidikan.
Langkah itu menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian.
Untuk membincangkan lebih lanjut mengenai langkah kerajaan ini, bersama saya ketika ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Wang Heng Suan.