Skip to main content

Malaysia

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei

raya haji 2026
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin menerusi siaran langsung di televisyen nasional, malam ini.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei depan bersamaan 10 Zulhijah 1447 Hijrah.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin menerusi siaran langsung di televisyen nasional, malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Aidiladha ialah pada 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi," katanya.

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 17 Mei (hari ini), di 29 lokasi di seluruh negara.
 

Must Watch Video