Skip to main content

Advertisement

KKM, TH kekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan jemaah Haji

KKM, TH kekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan jemaah Haji

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim ini seperti tahun sebelumnya.Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media TH pada Selasa. Jelas TH, meskipun negara menuju fasa endemik, namun Malaysia perlu menghormati keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik.