Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kes Batu Puteh | Laporan akhir pasukan khas dibentang ke Kabinet 7 Oktober

Kes Batu Puteh | Laporan akhir pasukan khas dibentang ke Kabinet 7 Oktober

Laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang mengandungi syor-syor mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 7 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan petugas khas itu melaksanakan tugas bermula 9 November 2021 hingga 30 Ogos 2022, dengan memberi fokus kepada aspek perundangan serta hubungan Malaysia-Singapura.