Skip to main content

Advertisement

Kes Amuk | Lelaki bakar pondok, pecah cermin kenderaan

Kes Amuk | Lelaki bakar pondok, pecah cermin kenderaan

Akibat berang dengan bekas isteri, seorang lelaki bertindak membakar pondok gerai makan milik wanita tersebut selain turut memecahkan cermin kenderaan orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.20 pagi berhubung kes lelaki amuk yang bersenjatakan parang di Taman Seri Astana, Kedah pada Isnin.