Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kerajaan teliti, perhalusi cadangan penubuhan RCI Tabung Haji

Kerajaan teliti, perhalusi cadangan penubuhan RCI Tabung Haji

Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memperhalusi cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji, (TH), termasuk aspek perundangan dan kaedah pelaksanaan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata cadangan tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada 18 Ogos lalu.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat, pada Selasa.