Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Keputusan positif dari PM, buka ruang untuk bangkitkan isu lain

Keputusan positif dari PM, buka ruang untuk bangkitkan isu lain

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah positif dengan mendedahkan laporan akhir nahas Sabah Air pada Jun 1976 yang mengorbankan pemimpin-pemimpin utama negeri Sabah ketika itu.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, keputusan itu tidak harus dilihat dari sudut negatif kerana ia merupakan perkara diinginkan ramai rakyat Sabah.

Menurutnya, keputusan itu juga menyaksikan kemungkin beberapa hak berkaitan negeri tersebut juga akan dibangkitkan selepas ini.