Skip to main content

Advertisement

Kemalangan | Kerajaan Negeri tanggung urusan mangsa, keluarga

Kemalangan | Kerajaan Negeri tanggung urusan mangsa, keluarga

Kerajaan Negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam nahas di kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi tadi.

Naib Canselor USAS, Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, pihaknya juga akan menjaga kebajikan keluarga mangsa, termasuk dari segi penginapan di samping keperluan lain.