Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kem terjun pulang tangan kosong

Kem terjun pulang tangan kosong

Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut apabila tiada penerjun yang mampu meraih penamat podium di Paris 2024.

Pada hari ke-14 temasya, penerjun berpengalaman Nur Dhabitah Sabri, yang layak menerusi kuota tidak digunakan oleh atlet negara lain, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tercorot dalam kalangan 12 penerjun di final acara 3 meter (m) papan anjal wanita.