Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kejadian Rompakan | Pemandu lori sambilan mengaku tak bersalah

Kejadian Rompakan | Pemandu lori sambilan mengaku tak bersalah

Seorang pemandu lori sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita televisyen, Khairul Rizuan Azizan minggu lepas.

Muhammad Qayyum Mazlan, 32, yang memakai kemeja-T dan berseluar pendek bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jamaludin Mat.