Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kebakaran | Kematian tiga mangsa akibat lemas tersedut asap

Kebakaran | Kematian tiga mangsa akibat lemas tersedut asap

Polis telah memperolehi keputusan bedah siasat tiga mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan di Jalan Putra, Mergong dipercayai akibat lemas tersedut asap.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, keputusan laporan itu diperolehi dari jabatan forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) petang Sabtu.