Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kebakaran gas Putra Heights: Bomba sahkan 320 rumah selamat diduduki

Kebakaran gas Putra Heights: Bomba sahkan 320 rumah selamat diduduki

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan penilaian kerosakan terbaru oleh pihak Bomba di kawasan kebakaran paip gas Putra Heights kini meliputi radius 325 meter, berbanding 280 meter sebelum ini.

Daripada 439 rumah yang dinilai, 219 didapati terjejas dengan 87 daripadanya mengalami kerosakan melebihi 20%, manakala 132 lagi kurang dari 20%. Namun, 320 rumah disahkan masih selamat untuk diduduki.