Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Air Pasang Besar | Mangsa warganegara ditempatkan di PPR Batu Puteh

Air Pasang Besar | Mangsa warganegara ditempatkan di PPR Batu Puteh

Mangsa rumah musnah di Kampung Forest, Sandakan akan ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Puteh mulai esok.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah Sandakan, Wilson Thomas berkata, bagaimanapun pemindahan ke PPR selama sebulan itu hanya menempatkan mangsa warganegara Malaysia.

Bagi mangsa bukan warganegara, mereka akan ditempatkan di Dewan PPR Taman Harmoni.