Skip to main content

Advertisement

Kandungan Belanjawan 2021 Perak tidak akan diubah

Kandungan Belanjawan 2021 Perak tidak akan diubah

Belanjawan Negeri Perak 2021 tidak akan diubah dan akan dibentang di persidangan Dewan Undangan Negeri, seperti mana dirangka pentadbiran sebelum ini.
Menteri Besar Perak yang baharu dilantik Datuk Saarani Mohamad berkata, ia hanya akan diluluskan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai formaliti, sebelum dibentangkan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sulungnya, sebaik selesai istiadat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.