Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kadar faedah AS kekal, kemungkinan dua kali kenaikan pada penghujung 2023

Kadar faedah AS kekal, kemungkinan dua kali kenaikan pada penghujung 2023

Bank Pusat Amerika Syarikat (AS), Rizab Persekutuan pada Rabu mengekalkan kadar faedah di paras 5.00 hingga 5.25 peratus, sejajar dengan jangkaan para pakar ekonomi.

Ia merupakan langkah mengejut selepas mesyuarat bulan Jun, memandangkan sebelum ini The Fed telah menaikkannya 10 kali berturut-turut untuk mengawal situasi inflasi yang tinggi.

Bagaimanapun, Fed telah memberi bayangan bakal menaikkan kadar faedahnya dua kali lagi tahun ini, di mana yang pertama mungkin akan berlaku pada bulan depan.