Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jemaah haji wanita meninggal dunia akibat serangan jantung

Jemaah haji wanita meninggal dunia akibat serangan jantung

Seorang Jemaah Haji wanita dari Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada 16 Mei, akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, wanita berkenaan, Norizah Tambunan Nordin, 47, telah mengalami serangan jantung sewaktu berada di dalam Masjidil Haram.

Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Jiwar.