Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pope Francis meninggal akibat strok dan kegagalan jantung

Pope Francis meninggal akibat strok dan kegagalan jantung

Pope Francis disahkan meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat strok dan kegagalan jantung tidak dapat dipulihkan, menurut sijil kematian yang dikeluarkan Vatican. Beliau koma sebelum meninggal dunia di kediamannya di Vatican City. Wasiat beliau turut didedahkan, dengan permintaan khusus mengenai lokasi pengebumiannya. Tarikh pengebumian dijangka diumumkan selepas mesyuarat para kardinal.