Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Jelajah Jiwa SME: Pure Nature dan Clean It Sdn Bhd muncul pemenang

Jelajah Jiwa SME: Pure Nature dan Clean It Sdn Bhd muncul pemenang

Siri Jelajah Program 'Jiwa SME' anjuran Astro AWANI yang menggabungkan sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), bengkel ilmu dan pameran di Johor melabuhkan tirainya hari ini.

Berlangsung di Toppen Shopping Centre, Tebrau, Johor Bahru sejak 2 September lalu, lebih 30 usahawan dan agensi kerajaan terlibat dalam sesi jelajah selama dua hari itu.