Jelajah Jiwa SME 2024 Akhiri Perjalanan di Selangor
#JelajahJiwaSME anjuran Astro AWANI bersama penaja utama Unifi Business tahun ini, telah berjaya menjelajah ke tiga lokasi utama iaitu Johor Bahru, Ipoh, dan akhirnya Selangor.
Setiap persinggahan menjadi platform penting bagi usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) untuk mempelajari amalan terbaik, mengembangkan jaringan perniagaan, dan meningkatkan keupayaan digital mereka.
Kami berterima kasih atas sokongan anda dan semestinya kami akan kembali tahun depan dengan siri jelajah ke lima lokasi baru!
Nantikan pengumuman seterusnya dan teruskan semangat untuk memperkasakan perniagaan anda.