Skip to main content

Advertisement

Isu Air Zamzam | Ada kaedah logistik tertentu bawa pulang ke Malaysia

Isu Air Zamzam | Ada kaedah logistik tertentu bawa pulang ke Malaysia

Tiada isu berbangkit mengenai jemaah tidak boleh membawa pulang air zamzam kerana ada agensi tertentu atau Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan menguruskannya bagi pihak jemaah.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary memang terdapat kaedah tertentu supaya air zamzam sampai ke negara ini dengan cara lebih selamat dengan kebenaran daripada kerajaan Arab Saudi.