Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Insentif untuk peniaga boleh dipertimbangkan - KPDN

Insentif untuk peniaga boleh dipertimbangkan - KPDN

Kerajaan sedia mempertimbangkan insentif kepada pemilik restoran atau kedai makan yang menyediakan Menu Rahmah sekiranya mendapat permohonan daripada mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau bersedia untuk memanjangkan perkara itu kepada Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli untuk memberi bantuan tersebut menerusi peruntukan sedia ada dalam Belanjawan 2023.