Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pelarasan tarif air, peniaga jangan ambil kesempatan naik harga - KPDN

Pelarasan tarif air, peniaga jangan ambil kesempatan naik harga - KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan kumpulan peniaga untuk tidak mengambil kesempatan dengan melakukan unsur-unsur pencatutan dan menaikkan harga barangan pada kadar melampau susulan penguatkuasaan kadar baharu tarif air bulan depan. Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini berikutan pelarasan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu hanya melibatkan tarif air dan bukan merangkumi barangan jualan perniagaan.