Hospital Indonesia mungkin jadi pusat pengumpulan mayat terbesar
Hospital Indonesia, satu-satunya hospital yang masih beroperasi di utara Gaza, berkemungkinan akan menjadi pusat pengumpulan mayat yang terbesar, lapor agensi berita Al-Jazeera.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, pihak pengurusan hospital tersebut terpaksa mengambil keputusan yang sukar iaitu menutup generator utama susulan kekurangan minyak yang ekstrim, dan terpaksa bergantung kepada generator berkuasa kecil untuk memastikan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus beroperasi.