Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

HDC komited kukuhkan kedudukan negara dalam industri halal global

HDC komited kukuhkan kedudukan negara dalam industri halal global

Pelaksanaan inisiatif Diplomasi Halal, serta pendigitalan proses pensijilan halal, bakal menjadi antara langkah strategik Halal Development Corporation (HDC) untuk terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama industri tersebut di peringkat global.

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun berkata, Malaysia mempunyai potensi yang cukup luas dalam industri yang dianggarkan bernilai AS$3 trilion itu, namun nilai eksport produk halal yang dicapai negara pada 2022 hanya sekitar RM60 bilion (AS$12.5 bilion).