Hanya satu projek dari China yang dikenalpasti dan diiktiraf sebagai projek rasmi di bawah Belt Road Initiative (BRI), iaitu Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Pahang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Liew Chin Tong berkata, semua pelaburan dari China perlu melalui tapisan ketat oleh Kerajaan melalui Majlis Pelaburan Negara (NIC) dan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NIC).