Skip to main content

Advertisement

Gempa Bumi | Afghanistan perlu bantuan, lima lagi terbunuh

Gempa Bumi | Afghanistan perlu bantuan, lima lagi terbunuh

Afghanistan kekurangan bekalan perubatan untuk merawat mereka yang cedera dalam gempa bumi yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa minggu ini.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Bencana Afghanistan, ketika gempa susulan pada Jumaat yang mengorbankan lima lagi nyawa.