Skip to main content

Advertisement

Filipina arah penduduk pindah, waspada letusan Kanlaon

Filipina arah penduduk pindah, waspada letusan Kanlaon

Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan pada Ahad untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon menjelang Isnin.

Arahan itu dikeluarkan Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di Wilayah Visayas Barat, Raul Fernandez berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu.