Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Faktor mekanikal, angin lintang, kecuaian penyebab lazim -Pakar

Faktor mekanikal, angin lintang, kecuaian penyebab lazim -Pakar

Pakar tidak menafikan tiga faktor utama berkemungkinan menjadi punca kepada nahas udara melibatkan dua buah helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat di Lumut, Perak pada pagi Selasa.

Pakar Aeronautik, Dr Mohd Shariff Ammoo berpandangan tiga faktor utama itu iaitu faktor mekanikal, cuaca -seperti kejadian angin lintang serta kecuaian pengendalian lazimnya menjadi punca kepada kemalangan melibatkan sesebuah helikopter.

Ujarnya lagi, perkara itu pastinya akan disiasat secara terperinci dalam melengkapkan laporan penuh Lembaga Penyiasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa 10 itu.