Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Enam suspek disyaki tawar rasuah selama 19 tahun ditahan

Enam suspek disyaki tawar rasuah selama 19 tahun ditahan

Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah bagi memonopoli kesemua projek ditawarkan dua jabatan kerajaan di Sarawak.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 70-an ditahan pada Selasa menerusi operasi khas di beberapa lokasi sekitar Sarawak.