Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Juruukur bahan PBT disyaki terima rasuah lebih RM200,000

Juruukur bahan PBT disyaki terima rasuah lebih RM200,000

Juruukur bahan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah direman kerana disyaki menerima wang suapan lebih RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan syarikat sebagai balasan membantu mendapatkan projek ditawarkan PBT terbabit.

Perintah reman selama empat hari sehingga 13 Julai ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Rabu.