Skip to main content

Advertisement

Enam rangka manusia ditemui dalam rumah terbiar dibakar

Enam rangka manusia ditemui dalam rumah terbiar dibakar

Enam rangka manusia, termasuk lima sekeluarga dan seorang rakan lelaki, ditemui dalam sebuah rumah terbiar yang dibakar di Kangkar Pulai, Johor Bahru. Penemuan dilakukan selepas bekas suami seorang mangsa menjejaki sendiri lokasi keluarga yang hilang sejak tiga bulan lalu. Polis menahan empat suspek dan dua daripadanya akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mangsa dipercayai dibakar bagi melupuskan bukti.