Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Empangan Hidroelektrik Mentarang buka akses ekonomi langsung

Empangan Hidroelektrik Mentarang buka akses ekonomi langsung

Penglibatan Sarawak di dalam projek Empangan Hidroelektrik Mentarang di Kalimantan Utara akan membuka lebih banyak akses ekonomi langsung antara negeri itu dengan Kalimantan, Indonesia.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain miliki pegangan 25 peratus ekuiti melalui Sarawak Energy Berhad (SEB), kerjasama itu mengukuhkan kedudukan sarawak sebagai pembekal tenaga hijau utama di rantau berkenaan melalui borneo grid.