Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Dua pengasuh Taska direman 6 hari bantu siasatan kes dera

Dua pengasuh Taska direman 6 hari bantu siasatan kes dera

Di Besut, Terengganu, dua pengasuh direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di daerah itu.

Perintah reman terhadap dua wanita berusia 26 dan 50 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Besut, Tuan Ahmad Fadhli Mahmud.