Skip to main content

Advertisement

Didenda RM500 buat laporan polis palsu

Didenda RM500 buat laporan polis palsu

Seorang buruh sanggup membuat laporan palsu mengatakan dia disamun kerana takut dimarahi isterinya kerana menghabiskan wang gaji semata-mata untuk membeli dadah.
Bagaimanapun tertuduh Ku Muhammad Shahazlil Ku Muhammad Shukri, 29, menerima padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majestret Kulim hari ini kerana membuat laporan palsu.